rss
twitter
    Check it out what my tweety doing, Follow Me..

AsAs AffiLiATe

Affiliate adalah salah satu cabang dalam perniagaan internet,secara amnya,bidang perniagaan affiliate ini lebih menumpukan kepada usaha pemasaran atau promosi produk-produk di internet.Sesiapa sahaja khususnya semua orang yang terlibat dalam industri ini boleh menyertainya,tanpa apa-apa bayaran,syarat-syarat ketat atau melalui temuduga yang melecehkan.

Program affilaite selalunya disediakan dan dibuka oleh pemilik produk di dalam websitenya,sesiapa yang mendaftar akan dipanggil affiliater dan akan diberi satu link yang unik untuk membuat promosi membawa prospek ke laman produk dan seterusnya membuat pembelian.Komisyen akan dibayar kepada setiap affiliater yang berjaya membuat jualan,kebiasaanya komisyen antara 30%-50% dari harga jualan akan dibayar oleh pemilik produk.Dalam erti kata lain affiliater ni ibarat agen pemasaran di internet..

Untuk terlibat dalam bidang pemasaran affiliate ini tidaklah memerlukan modal yang besar tapi cukup hanya sejumlah kecil modal untuk anda membeli serta menyewa beberapa tools dan software yang akan membantu dalam pemasaran affiliate anda ,seterusnya menghasilkan jualan yang lumayan. Perkara ini akan mengupas lebih lanjut mengenai perkara ini dibab-bab yang seterusnya.

Ramai usahawan internet di Malaysia kini menjana ribuan ringgit hanya dalam beberapa hari saja hasil daripada jualan affiliate mereka,untuk menghasilkan jualan dalam affiliate bukanlah susah tapi dengan syarat mempunyai beberapa perkara asas yang kukuh terlebih dahulu.Perkara-perkara asas ini juga akan diterangkan.

Begitulah tadi serba sedikt definasi serta pengenalan mengenai bidang affiliate ini dan bagaimana ianya menjana wang hanya dengan duduk dihadapan laptop sahaja. Untuk terlibat dalam affiliate ini anda mestilah sentiasa peka dan kreatif serta tekun dalam melakukan promosi-promosi link affiliate anda,kerana bidang ini akan memberi pulangan yang lumayan jika anda berkerja keras ke arah itu,jika anda berlengah-lengah serta selalu memberi alasan maka hasilnya juga akan tidak “segah" yang anda harapkan..

0 comments:

Powered By Blogger