rss
twitter
    Check it out what my tweety doing, Follow Me..

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil
sarapan pagi, paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
padaotak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah
otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel
otak terjejas atau terbakar danboleh

mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan
akan mengganggu penyerapan protein dan
nutrisi. Selain daripada itu, ia akan
mengganggu perkembangan otak yang
sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar
dalam badan manusia. Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan
otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan
otak tetapi masa tidur yang panjang
boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.




7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan
mengakibatkan otak menerima lebih banyak
karbon dioksida berbanding oksigen dan
ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita
berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat
boleh mengurangkan keberkesanan otak dan
juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik
untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak
kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan

yang membina bolehmenambah

keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sesungguhnya kita kenalah rajinkan
sikit kepala otak kita biar jangan jadi
'biol'... hehehe enjoy anyway...

0 comments:

Powered By Blogger