rss
twitter
    Check it out what my tweety doing, Follow Me..

Solat sunat vs solat wajib

Diriwayatkan bahawa rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah S.W.T selasai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang iaitu antara timur dan barat.

Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya dan berkata: "Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Tidak". kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan muncul seorang nabi yangmulia yang paling Aku cintai, namanya 'Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesunguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintanKu."

kemudian Jibrail A.S. berkata: "Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"

lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:" Ya jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

setelah JibrailA.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah jibrail A.S. dangan mengembangkan sayap dan terbang, setiap kali dia mengembangkan sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu dia berkata dalam sujud:"Ya tuhanku apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud"Wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamutidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Allahhuakbar!!!!!
Read more...

pakcik oh pakcik..

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
Read more...

pak pandir oi..


Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk
mengka! ji sampel najis berkenaan..

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia
berkata, "Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"


Read more...

Powered By Blogger